Hamil tanpa masalah sembelit

"ASSALAMUALAIKUM"
 
 
Mesti ramai ibu-ibu hamil di luar sana mengalami masalah sembelit ni kan. Terutamanya bila kandungan semakin membesar. Mengapa dan kenapa masalah sembelit ni berlaku dan apa cara atasi masalah ni, jangan malas scroll ke bawah ye :)  
 
 
Ni pengalaman saya sendiri yang tengah hamil anak pertama. Anak first ni memang tak de pengalaman bab2 penjagaan dalaman sepanjang hamil ni. Tapi Alhamdulillah, saya amalkan supplement yang sangat berkualiti dan berkhasiat. Sejak dari sebelum hamil lagi, saya memang amalkan supplement Shaklee. Nak taknak sekarang ni memang kena amalkan supplement tambahan tuk kekal sihat dan cantik. Sekarang bukan macam dulu dah. Makanan sekarang dah tak sesihat makanan dulu. So, untuk kekalkan nutrisi yang sangat diperlukan badan, kena la amek supplement tambahan. 
 
Panjang pulak membebel ni. Okay, punca terjadinya masalah sembelit ni banyak. Jom baca list saya kat bawah ni. Dah tahu punca, senang la nak atasi kan. 
 
PUNCA dan CARA ATASI MASALAH SEMBELIT KETIKA HAMIL:
 
Semakin besar kandungan, semakin tinggi peratusan untuk mengalami masalah sembelit. Hal ini disebabkan oleh rahim yang semakin membesar dan menekan usus hingga menghalang pergerakan ke usus besar. Jom baca yang dibawah pula...... 
 
1. Kurang minum air. Air tersangatlah penting lam badan kita. Kekurangan air boleh menyebabkan kekurangan bendalir dalam badan. Ini merupakan punca utama masalah sembelit berlaku. Minumlah air sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas air sehari. 
 
2. Pengambilan supplement yang menyebabkan sembelit. Supplement seperti ferrous fumarate atau lebih dikenali sebagai zat besi amat diperlukan oleh ibu hamil. Seperti yang memang kita ketahui, zat besi bertindak sebagai supplement untuk mengatasi masalah kekurangan sel darah merah. Namun, disebalik kebaikan supplement ini, ada kesan sampingan yang tidak diingini seperti sembelit. Oleh itu, supplement tambahan lain seperti Ostematrix sangat diperlukan untuk memberi keseimbangan nutrisi dalam badan.
 
3. Kurangnya pengambilan makanan berkhasiat dan berserat tinggi. Makanan yang berserat tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang sangat diperlukan untuk mengatasi msalah sembelit. Ramai ibu hamil yang mengalami masalah kurang selera makan atau tidak dapat mengambil makanan yang berserat tinggi dengan kadar yang mencukupi dan menyebabkan masalah ini berlarutan. Ambillah makanan berserat tinggi ini secara berperingkat-peringkat. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak pada satu-satu masa. Sebaliknya, makanlah sedikit-sedikit tetapi kerap kali.
 
4. Tidak melakukan senaman ringan. Mungkin ramai ibu hamil yang tidak mengetahui senaman boleh dilakukan walaupun sedang hamil. Namun, pastikan senaman yang sesuai untuk ibu mengandung seperti yoga dan menunggang basikal senaman (stationary bike). Berjalan kaki juga merupakan satu senaman yang sangat mudah dilakukan oleh bakal-bakal ibu bagi melawaskan pergerakan usus besar. Bersenamlah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk melancarkan proses pembuangan toksik. Badan sihat, minda cerdas. 
 
5. Tidak mengambil supplement tambahan yang sesuai dan tidak mendapat guide pemakanan yang betol untuk mendapatkan kesan yang optimum. Walaupun anda sedang mengambil supplement yang sememangnya bagus untuk ibu hamil, tetapi masalah sembelit tetap juga terjadi dalam kamus hidup anda. Mengapa? Hal ini terjadi kerana aturan pemakanan dan cara pengambilan yang anda amalkan mungkin salah atau tidak sesuai. Oleh itu, carilah aturan dan cara pemakanan yang betol melalui consultant yang sah. 
 


 ~ produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit ~


JOM DAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE SEKARANG!
DAN ANDA BERPELUANG MENDAPAT PENJIMATAN BERGANDA-GANDA DARIPADA SHAKLEE.

[ INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE?
HUBUNGI SAYA SEKARANG!! 
HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN. WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN.
 DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSKLUSIF DI FACEBOOK ]


Setiap pembelian produk Shaklee akan mendapat konsultasi khusus dari saya.

Pertanyaan Lanjut:
Nur Zafirah Mohd Nor
Shaklee Independent Distributor ID : 956778
SMS/Whatsapp: +6011 2831 6400
Facebook : Mama Alisha Vitashoppe
Email : nzafirah91@gmail.com

0 comments:

 
Copyright © SAKURA BEAUTY AND HERBS | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in